Kementerian Kesihatan akan menjalankan ujian saringan ke atas sekitar 437 warga asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditempatkan di depot tahanan warga asing di Kuala Lumpur.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu akan disegerakan ekoran salah seorang tahanan yang pernah ditempatkan bersama 437 orang warga asing berkenaan telah dikesan positif setelah dihantar pulang ke negara asalnya iaitu Myanmar.