Home MGNews TERKINI: KKM terima 8,380 panggilan berkaitan masalah kesihatan mental sepanjang Covid-19

TERKINI: KKM terima 8,380 panggilan berkaitan masalah kesihatan mental sepanjang Covid-19

Kementerian Kesihatan menerima 8,380 panggilan membabitkan kesihatan mental menerusi talian sokongan psikososial termasuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga semalam sepanjang musim Koronavirus 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada angka itu 46.8 peratus adalah membabitkan masalah emosi iaitu membabitkan stres, bimbang dan kemarahan akibat daripada pelbagai faktor sosial seperti masalah kewangan, tiada pendapatan serta perselisihan keluarga.