Home Seni Hidup Lebih 500 barang keperluan diagih menerusi Jelajah Ramadan MG

Lebih 500 barang keperluan diagih menerusi Jelajah Ramadan MG

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Pengasas Halaman Nurani, Shahrul Nizam Kamal (kiri) menyerahkan sumbangan pada Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020

PETALING JAYA – Siapa tak kenal dengan Kedai Makan Abang Tukang Masak yang terletak di Damansara Damai?

Saban hari premis itu menyediakan makanan percuma untuk hampir 1,000 petugas barisan hadapan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Walaupun Damansara Damai antara kawasan zon merah akibat penularan wabak Covid-19, namun ia tidak menghalang pengasas Halaman Nurani Sdn Bhd (HNSB), Shahrul Nizam Kamal daripada meneruskan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan sejak tujuh tahun lalu.

Dalam kesibukannya dengan perniagaan penyediaan makanan bermasak untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat Covid-19, namun beliau tidak pernah melupakan golongan tidak bernasib baik.

Suasana sekitar Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020.

Lebih-lebih lagi golongan miskin bandar yang terkesan dan hilang pendapatan akibat pelaksanaan PKP.

Tanpa memikirkan risiko Covid-19, Shahrul Nizam tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan dan kini dengan kerjasama portal berita MalaysiaGazette dalam Jelajah Ramadan MalaysiaGazette yang kini memasuki siri ketujuh semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Pengasas Halaman Nurani, Shahrul Nizam Kamal (kiri) menyerahkan sumbangan pada Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020

Jika sebelum ini, perkarangan kedai beliau menjadi lokasi golongan berpendapatan rendah atau B40 untuk mendapatkan bantuan berupa barangan keperluan asas dengan tapisan ketat namun berbeza hari ini di mana sumbangan diagihkan untuk persediaan berbuka puasa di sekitar Damansara Damai.

“Bantuan hari ini kita berkolaborasi dengan MalaysiaGazette dan NGO MyHarapan untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. Hari ini saja kita anggarkan lebih 500 bungkusan makanan berjaya diagihkan.

Suasana sekitar Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020.

“Hari ini kita bagi barangan asas, kita juga beri juadah berbuka puasa iaitu bubur lambuk, kurma, bihun dan sebagainya. Sebahagian sumbangan pula pasukan kita agihkan di kawasan apartment lain bagi mengelakkan orang ramai bersesak-sesak.

“Hampir setiap hari kita memberikan bantuan hasil daripada sumbangan orang ramai dan juga hasil pembelian makanan daripada kedai saya sendiri di mana sebahagian daripada keuntungan itu kita salurkan kepada komuniti.

Penerima bergambar pada Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2020.

“Tidak dilupakan bantuan sara hidup kepada beberapa keluarga yang benar-benar memerlukan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas mengagihkan juadah berbuka puasa dan barang keperluan asas di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MalaysiaGazette, Noriani Abd Razak yang tidak melepaskan peluang mengagihkan sumbangan barang keperluan asas kepada golongan memerlukan di sekitar perumahan di Damansara Damai di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bercakap kepada media pada Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020.

Sementara itu, Noraini menyifatkan penganjuran program Jelajah Ramadan MalaysiaGazette hari ini merupakan satu tanggungjawab sosial kepada pembaca dan pelayar portal berita itu yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.

“Kita harap program ini dapat diteruskan pada tahun depan dan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial MalaysiaGazette kepada para pembaca dan pengikut MG yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada kita semua.

Suasana sekitar Majlis Serah Sumbangan kepada Asnaf dan Golongan yang memerlukan anjuran Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diKedai Abang Tukang Masak, Damansara Damai, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2020.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat bantu lebih 200 penghuni di kawasan berhampiran dengan kerjasama Bernas dengan bantuan lebih kurang 2,000 bungkus bihun dan 10,000 kilogram beras.

“Terima kasih kepada Bernas sebab sama-sama menjayakan program Jelajah Ramadan MalaysiaGazette,” katanya.

Sebelum ini, katanya program Jelajah Ramadan MalaysiaGazette telah menyantuni beberapa lokasi terpilih, seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petaling Jaya, Hospital Kuala Lumpur, Penjara Kajang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak.

Menurut Noraini, program hari ini agak berbeza di mana pihaknya menyantuni dua keluarga yang tidak berkemampuan di sekitar Damansara Damai dan MalaysiaGazette bersama ATM menyampaikan sumbangan dan barang keperluan asas.

“Hari ini kita melakukan ziarah di dua buah rumah di mana satu keluarga itu seorang nenek menjaga dua cucu yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Satu lagi keluarga adalah bekas pemandu ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia yang kemalangan yang terlantar atas katil akibat kemalangan pada 2015 dan memerlukan rawatan harian.

“Dua keluarga ini juga kita sampaikan sedikit bantuan berupa barangan keperluan asas dan sumbangan tunai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

+ posts