Home Nasional Buruh yang tiba dengan kereta api untuk edar dadah ditahan polis

Buruh yang tiba dengan kereta api untuk edar dadah ditahan polis

Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.- Gambar hiasan.

ARAU – Seorang buruh warga tempatan yang tiba dengan kereta api untuk mengedar dadah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya dihidu, sepasukan anggota polis yang melakukan pemeriksaan di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof berkata, pada kira-kira 7.15 malam, anggota yang melakukan pemeriksaan dokumen rentas sempadan, menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang tiba dengan keretapi dari Kedah, dalam keadaan mecurigakan.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati bahawa suspek berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, bukan sahaja tidak memiliki dokumen perjalanan rentas negeri, sebaliknya turut membawa dalam beg galasnya dadah pelbagai jenis dengan berat keseluruhan 3 kilogram, dianggarkan bernilai RM66,000.

“Satu paket dadah jenis syabu dibalut dengan pembungkus teh, manakala lima paket dadah jenis heroin dibalut dengan surat khabar,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, hari ini.

Nanda berkata, berdasarkan hasil maklumat tangkapan pertama, polis membuat serbuan di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun, yang dipercayai rakan sejenayah suspek pertama.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati bahawa kedua-dua suspek didapati positif dadah, selain mempunyai rekod jenayah lampau.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini, kes bagi suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39C (1) akta sama dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Manakala suspek kedua disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki bersubahat dalam pengedaran dadah bersama suspek pertama. – Bernama