Tinggal di rumah setinggan sejak lahir sama sekali membuat diri wanita ini berasa malu dan jauh sekali untuk merendah diri.
Malah kata Norbaizura Mat Besri, beliau tidak dapat menggambarkan keseronokan tinggal di kawasan sering dianggap itu yang terletak di tengah bandar di Kampung Muhibah di sini.
Jelas wanita berusia 34 tahun itu, beliau tidak segan memberitahu rakan di pejabat walaupun dia memegang jawatan pegawai di sebuah kementerian.
“Rakan-rakan di pejabat semua tahu saya tinggal di rumah setinggan. Saya tidak malu pun sebaliknya saya yang memberitahu mereka secara jujur.