TERKINI : Aidilfitri Hiba Tanpa Suami

Tempoh 37 tahun hidup bersama sebagai suami isteri, kehilangan mengejut salah seorang daripadanya cukup merentap jiwa. Apatah lagi arwah suaminya hanya sakit dalam dua jam sahaja dan menghembuskan nafas terakhir selepas itu.

Bagi Misniah Midi, 62, dia mengakui reda dengan pemergian suaminya, Allahyarham Ismail Din namun menerimanya dalam keadaan terpaksa. Tambahnya, jika tidak kerana cucunya yang tinggal bersama, keinginan untuk memasak sudah tidak timbul lagi.

“Tiba-tiba tidak sampai dua jam, arwah tinggalkan saya dan sampai hari ini saya macam tidak boleh terima. “Saya reda tapi macam terpaksa. Saya menangis siang dan malam. Kalau tidak kerana cucu, saya tidak masak,” katanya menahan sebak.