Home Nasional Noor Hisham ucap terima kasih kepada petugas KKM bekerja hari raya

Noor Hisham ucap terima kasih kepada petugas KKM bekerja hari raya

KKM terus mengekalkan kadar kemudahan itu sementara dalam proses mempertimbangkan untuk 'merehatkan' sebahagian kakitangan kerana mengambilkira pengurangan kes.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang akan bekerja sempena Hari Raya Aidilfitri esok.

Beliau turut menasihatkan agar para petugas barisan hadapan agar bersabar dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul semasa tempoh penularan Covid-19 dan juga semasa tempoh perayaan.

“KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dan kepada yang bukan Islam selamat bercuti.

“Bagi mereka yang bertugas sepanjang perayaan ini, terima lagi diucapkan kepada anda semua yang berdedikasi berkhidmat untuk negara.

“Kita harap frontliners kita yang bekerja pada Hari Raya pertama hingga ketiga, harap bersabar dan pengorbanan kita untuk negara akan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam sidang media hari ini.

KKM sebelum ini dilaporkan akan membenarkan petugas barisan hadapan mengambil cuti Hari Raya secara bergilir berdasarkan trend kes terkini, yang hanya merekodkan dua angka sehari.

Bagaimanapun, jelasnya, kelulusan cuti tersebut tertakluk kepada perubahan berpandukan trend penularan wabak tersebut. – MalaysiaGazette