Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat pelbagai faktor membabitkan jangkitan wabak Covid-19 kepada lelaki termasuk faktor perbezaan gender serta ketahanan tubuh badan mengakibatkan lebih ramai lelaki didapati dijangkiti Covid-19.
Beliau berkata kedua-dua faktor itu dilihat dalam kajian mengenai virus penyakit berkenaan. “Ini virus baharu dan kita masih belajar kerana banyak perkara yang kita tak tahu.