Terpamer wajah-wajah gembira pada pagi raya dalam kalangan gelandangan di Pusat Komuniti Sentul hari ini.
Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas, kumpulan ini yang hampir mencecah 1,000 orang mula mendapat perhatian kerajaan yang memberikan tempat tinggal serta bantuan kesihatan untuk mereka.
Bukan itu sahaa, kini melalui inisiatif Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, hampir 70 peratus daripada kumpulan ini bukan sahaja mempunyai tempat tinggal malah kini sudah mempunyai pekerjaan.
Terbaik TSAM.. Namun banyak lagi yg warga KL perlukan sumbangan dan gagasan TS.