Home Dunia Tiada syarat minimum ketinggian untuk juruterbang tentera udara AS

Tiada syarat minimum ketinggian untuk juruterbang tentera udara AS

Gambar hiasan

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) menghapus syarat ketinggian minimum untuk calon juruterbang dalam usaha meningkatkan pemohon dalam kalangan wanita.

Sebelum ini, tentera udara menetapkan pemohon mempunyai ketinggian antara 5 kaki-4 dan 6-kaki-5 (162.6cm dan 195.6cm), dengan ketinggian duduk 34 hingga 40 inci (86 hingga 102cm).

Di bawah dasar baharu berkuatkuasa pada 13 Mei, pemohon yang lebih pendek dari 5-kaki-4 atau lebih tinggi dari 6-kaki-5 tidak lagi diminta untuk mengemukakan pengecualian.

Walaupun kebanyakan pengecualian ketinggian telah disetujui, larangan tersebut secara efektif menyingkir peluang sekitar 44 peratus populasi wanita AS berusia antara 20 dan 29 tahun, kata angkatan udara itu.

“Kami benar-benar fokus mengenal pasti dan menyingkirkan halangan untuk berkhidmat dalam tentera udara,” kata Gwendolyn DeFilippi, Penolong Timbalan Ketua Staf untuk tenaga kerja dan perkhidmatan Angkatan Udara, dalam satu kenyataan.

Tambahnya, keputusan ini adalah kemenangan besar, terutama bagi wanita dan minoriti yang sebelumnya menganggap mereka tidak layak untuk menyertai pasukan tentera.

Dengan penghapusan standard ketinggian, tentera udara akan menggunakan proses pemeriksaan antropometrik untuk menempatkan pemohon dalam pesawat agar mereka dapat terbang dengan selamat.

Dasar ini akan membolehkan tentera udara “menampung kumpulan pemohon yang dinilai lebih besar dan lebih pelbagai dalam batasan pesawat yang ada,” kata Leftenan Kolonel Jessica Ruttenber, Perancang Mobiliti dan Juruprogram Angkatan Udara yang memimpin usaha untuk menyesuaikan standard ketinggian.

Menurut sejarah, katanya, pesawat direka berdasarkan ketinggian lelaki. – MalaysiaGazette