Home Pendapat Baik dan buruk PKPB

Baik dan buruk PKPB

Kelihatan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan bagi memastikan setiap penghuni menjalani saringan Covid-19 di kawasan kawalan secara pentadbiran di sekitar Pudu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid - 19 di Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 MEI 2020

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang diperkenalkan pada 4 Mei lepas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkin mempunyai beberapa kebaikan dan keburukan. Salah satu kebaikannya adalah hampir ke semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan untuk memulakan operasi, tertakluk kepada syarat dan garis panduan (SOP) yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Keputusan ini membantu syarikat-syarikat di Malaysia untuk memulakan ekonomi, tetapi sebilangan masyarakat menganggapnya sebagai usaha yang sia-sia untuk meratakan lengkungan dan mengekang penyebaran Covid-19.

Ia juga dianggap sebagai tindakan untuk melindungi mata pencarian sambil memerangi virus melalui SOP yang berkesan atau mungkin lebih kepada membantu orang ramai dalam membangunkan ekonomi setelah tempoh berehat yang lama
semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Namun, sebilangan rakyat masih takut untuk kembali bekerja dan meneruskan semula aktiviti harian mereka kerana jumlah kes harian masih berada pada dua atau tiga digit, walaupun hanya tinggal sedikit sahaja zon merah Covid-19 di negara ini.

Berdasarkan statistik, pada peringkat awal PKPB, hanya 6.64 juta atau 43.6 peratus pekerja telah kembali bekerja dan jumlah tersebut bakal meningkat selepas ini. Ini merupakan salah satu sebab mengapa orang ramai perlu mementingkan penjagaan kesihatan dengan mengambil beberapa langkah yang perlu seperti memakai topeng muka, pemeriksaan kesihatan, mengamalkan penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan menggunakan pembersih tangan (hand sanitisers). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, pendekatan paling berkesan yang boleh dilaksanakan sekarang untuk meminimumkan penyebaran virus adalah dengan mempraktikkan penjarakan sosial.

Selain itu, kepentingan mengadaptasi digitalisasi juga diperlukan supaya orang ramai dapat menyesuaikan diri dengan norma baru kerana ianya dianggap sebagai salah satu cara mengurangkan kontak dengan manusia. Sebagai contoh, penggunaan alatan kerja dari jarak jauh, teknologi mudah alih dan alat komunikasi serta alat kolaborasi. Pada masa ini, Malaysia telah melakukan dengan baik, mencontohi bagaimana China melaksanakan penggunaan aplikasi untuk memantau status kesihatan dan
pergerakan seperti yang kita lakukan melalui Gerak Malaysia dan MySejahtera.

Beberapa pakar mendakwa bahawa Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan semula kegiatan ekonomi dan sebab itulah kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPB.
Ia juga disokong oleh banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk Pengasas dan Ketua Eksekutif Kumpulan Nirvana Asia, Tan Sri Kong Hon Kong kerana PKP telah memberi kesan yang buruk kepada syarikat mereka. Mereka juga percaya bahawa PKPB diperkenalkan untuk mencapai keseimbangan
antara kesihatan awam dan pembangunan ekonomi. Perkara lain yang perlu diambil perhatian adalah Malaysia menanggung kerugian sebanyak RM63 bilion sejak PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac dan Perdana Menteri kita juga menyatakan bahawa negara akan mengalami kerugian RM35 bilion lagi sekiranya PKP dilanjutkan selama sebulan tanpa sebarang aktiviti ekonomi.

Mengenai isu pengangguran, PKPB diperlukan untukĀ  menyelamatkan berjuta-juta pekerjaan sambil memastikan kelangsungan hidup PKS. Itulah sebabnya rakyat Malaysia perlu bekerjasama untuk mengembalikan ekonomi negara, memastikan kestabilan dan melindungi kesejahteraan rakyat dengan mengikuti SOP dan menerapkan norma baru. Sekiranya PKP dilanjutkan lagi, ianya mungkin langkah yang terbaik untuk
membendung virus ini namun kejatuhan ekonomi juga satu perkara yang penting untuk kita tangani daripada terus terjejas.
Bagaimanapun, PKPB masih mempunyai kekurangan dan salah satunya adalah implikasi yang berterusan terhadap industri tertentu, terutamanya pelancongan, kerana kerajaan melarang sebarang perjalanan luar negeri untuk mencegah penyebaran virus dan ia secara tidak langsung menutup pintu rezeki mereka.
Mereka juga harus menanggung beban pinjaman kenderaan dari firma kewangan, kerana industri ini dianggarkan memiliki lebih daripada 10,000 bas pelancongan.

Bagi syarikat-syarikat pelaburan, setelah berlakunya wabak pandemik ini, mereka mula mengubah pendekatan perniagaan mereka dan model penilaian mereka untuk jangka masa panjang, dan kebanyakannya meninjau kembali keadaan pelaburan
yang berpotensi setelah berakhirnya wabak ini. Termasuk, norma-norma baru yang memberi kesan besar, khususnya kepada
peruncit kerana trend penjarakan sosial menjejaskan operasi perniagaan mereka. Ini akan mengakibatkan kedai-kedai terpaksa ditutup atau terpaksa memberhentikan pekerja mereka atau memotong beberapa kos yang tidak perlu untuk menjaga aliran tunai, dan terdapat sekitar 80 peratus peruncit yang telah melaksanakan pengurangan kos ini. Namun jika kita lihat bagaimana jumlah kes Covid-19 meningkat secara drastik
setelah kerajaan Jepun menghentikan penutupan dan penyekatan di Hokkaido, kita perlu memastikan bahawa setiap keperluan penting dapat dipantau dengan baik sebelum PKPB ini dihapuskan sepenuhnya.

Ini bermaksud bahawa beberapa pendekatan yang khusus dan berkesan perlu wujud secara terus-menerus untuk mengesan prestasi PKPB ke arah membendung penyebaran virus.
Walaupun ianya jelas bahawa PKPB akan meningkatkan risiko terhadap rakyat, apa yang perlu kita lakukan hanyalah percaya dan hormat akan keputusan kerajaan dan terus mengadaptasi norma-norma baru, sama ada kita sudah bersedia atau tidak,
dan juga elak daripada keluar rumah jika tidak perlu.

Oleh: Farhan Kamarulzaman merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

1 Komen

  1. Apa lagi nak komen…wabak covid 19 seluruh dunia…malah tempat lain lagi teruk..mayat bersepah merata..kita ni antara terbaik dunia cara pengurusan..amat tersusun..tapi penyakit tak puas hati atau tak bersyukur tetap tebal..Allah uji kita sikit saja ni..dunia dgn manusia ni milik Allah..kena ambik fikir benda2 gitu..dok nak fikir hal2 dunia ikut cara otak kita sampai kesudah x ke mana kita ni…

Comments are closed.