Home Dunia Perintah berkurung di Arab Saudi berakhir pada 21 Jun kecuali di Makkah

Perintah berkurung di Arab Saudi berakhir pada 21 Jun kecuali di Makkah

Kerajaan Malaysia

KAHERAH – Arab Saudi akan mulai mengurangkan sekatan pergerakan dan perjalanan minggu ini, selepas lebih dua bulan melaksanakan langkah-langkah ketat untuk mengekang penyebaran novel koronavirus.

Sekatan akan ditarik balik dalam tiga fasa, yang berakhir dengan perintah berkurung ditarik balik sepenuhnya – kecuali di kota suci Makkah – mulai 21 Jun, lapor agensi berita yang memetik satu kenyataan.

Ibadah haji dan umrah masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Arab Saudi merekodkan sebanyak 74.795 kes Covid-19 dengan 399 kematian. Lebih daripada 2,000 kes masih dilaporkan setiap hari.

Fasa pertama penarikan balik sekatan pergerakan akab bermula hari Khamis ini – menyaksikan perintah berkurung 24 jam dikurangkan.

Perintah berkurung akan dilaksanakan mulai jam 3 petang hingga 6 pagi.

Pergerakan bebas antara wilayah dan aktiviti runcit dan borong termasuk pusat beli-belah dibenarkan.

Arab Saudi telah melaksanakan perintah berkurung 24 jam di kebanyakan kota dan bandar tetapi mengurangkan tempoh itu semasa awal bulan Ramadan.

Perintah berkurung 24 jam dilaksanakan semula semasa cuti Aidilfitri selama lima hari, yang bermula pada hari Ahad lalu.

Mulai hari Ahad 30 Mei, pergerakan bebas akan dibenarkan antara pukul 6 pagi hingga 8 malam, lapor Saudi Press Agency.

Penerbangan domestik juga akan dibenarkan untuk beroperasi semula, tetapi larangan penerbangan antarabangsa adalah kekal.

Masjid turut diberi kebenaran untuk kepada jemaah, tertakluk kepada penjara sosial dan kebersihan, kecuali di Makkah, yang mana kehadiran berdasarkan kebenaran yang diberikan sebelum ini.

Kakitangan sektor awam dan swasta juga dibenarkan kembali ke pejabat.

Perhimpunan sosial melebihi 50 orang masih dikuatkuasakan termasuk majlis perkahwinan dan upacara kematian.

Warga negara akan diminta memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam dan meneruskan langkah-langkah kebersihan dan jarak sosial selepas 21 Jun.

Makkah akan tertinggal satu fasa di belakang kawasan lain, dengan waktu berkurung diselaraskan kepada jam 3 petang hingga 6 pagi hingga 20 Jun, disemak semula sehingga 8 malam selepas itu.

Solat di masjid dibenarkan mulai 21 Jun. – MalaysiaGazette