Home Dunia Wanita didakwa cuba seludup teknologi AS ke China

Wanita didakwa cuba seludup teknologi AS ke China

pengajar yang diibaratkan sebagai
Gambar hiasan

WASHINGTON – Seorang wanita California ditahan atas tuduhan persekutuan kerana berkonspirasi untuk mendapatkan dan mengeksport secara haram teknologi komunikasi angkasa sensitif kepada China, menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Si Chen, juga dikenali sebagai Cathy Chen, 32, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 150 tahun jika disabitkan terhadap semua pertuduhan yang terkandung dalam surat dakwaan oleh Juri Persekutuan pada 27 lalu.

Chen, seorang penduduk pinggir bandar di Pomona, Los Angeles dituduh melanggar Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa, yang mengawal eksport barangan dan teknologi tertentu dari Amerika Syarikat.

Secara khusus, dakwaan menyebut Chen membeli dan menyeludup bahan sensitif ke China tanpa mendapat lesen eksport – termasuk komponen yang biasa digunakan dalam komunikasi tentera “jammers.”

Beliau juga dituduh menyeludup peranti yang biasa digunakan dalam aplikasi komunikasi ruang dan memalsukan dokumen dalam penghantaran item-item untuk disenaraikan berharga AS$500 dan bukannya nilai sebenar lebih daripada AS$100,000.

Selain pelbagai kesalahan berkaitan eksport, Chen didakwa berkonspirasi, melakukan pengubahan wang haram, membuat kenyataan palsu atas permohonan imigresen dan menggunakan pasport palsu, menurut Jabatan Kehakiman.

“Undang-undang eksport persekutuan direka untuk melindungi kepentingan Amerika dengan menghalang percambahan teknologi yang boleh jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya,” kata pemangku Peguam Negara Amerika Syarikat, Sandra Brown dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette