Home Utama Tak payahlah hendak jadi hero PATI- Ismail Sabri

Tak payahlah hendak jadi hero PATI- Ismail Sabri

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hampir setiap hari Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditanyakan mengenai isu pendatang tanpa izin (PATI) dan dengan tanpa sedikit pun rasa jemu, beliau tetap menjawab soalan-soalan tersebut dengan sejelas-jelasnya.

Menurut Ismail Sabri, terdapat badan bukan kerajaan (NGO) yang mungkin keliru dengan definisi pekerja asing di negara ini yang mana terdapat dua kategori iaitu pekerja asing yang mempunyai permit serta PATI yang tidak mempunyai sebarang dokumen kerja atau perjalanan yang sah.

Malaysia jelasnya, memberi layanan yang baik kepada pekerja-pekerja asing yang sah dengan memberi perlindungan kepada mereka termasuklah mewajibkan caruman Perkeso, menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pekerja ladang, mematuhi undang-undang Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan sebagainya.

Ini kerana menurut beliau, semua pihak di Malaysia bersetuju serta memahami betapa negara ini sangat-sangat memerlukan pekerja asing untuk melakukan kerja-kerja 3D (dirty, difficult and dangerous).

Namun begitu, Malaysia tidak boleh memberi perlindungan yang sama kepada PATI kerana mereka memasuki negara ini secara haram, tegasnya.

“Ini yang diambil tindakan. Itu pun kita bertindak secara perikemanusian.

“Kita letak mereka di dalam depot, beri makan dan apabila tahu ada ada kes covid-19, kita buat saringan, beri rawatan di hospital bagi menyelamatkan nyawa mereka.

“Namun begitu, ini tidak mengubah status mereka. Mereka tetap PATI yang tidak mempunyai dokumen serta membuat kesalahan memasuki negara ini secara haram.

“Kita tidak boleh membebaskan PATI sewenang-wenangnya kerana itu akan membuatkan Jabatan Imigresen Malaysia pula melakukan kesalahan dan melanggar peraturan negara,” katanya semasa sidang media hari ini.

Tambah Ismail Sabri, PATI tidak berhak untuk tinggal di Malaysia sama seperti pekerja asing yang memasuki negara ini secara sah.

Dengan itu, beliau meminta semua pihak untuk memahami perkara tersebut dan berhenti untuk menjadi hero kepada PATI.

“Tak baik tuduh Malaysia bertindak tanpa perikemanusian.

“Negara lain lagi teruk. Kita ni kira baik.

“Tak payahlah ada pemimpin politik, NGO hendak jadi hero PATI, tegasnya.- MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. Yg NGO2 anjing yg bela pati tu aku nasihat kpd ngo bodoh, sila berambus dr ngra ini..atau ambil pati ni letak rmh ngo2 ni, biar di rasa mcn mana..mmg puak2 ngo dah myalak…anjing2 ini di belakang dia adlh ahli2 politik bodoh puak2 ph..

  2. Tu salah sorang yg kuat bela PATI ialah Dekan Fakulti Perubatan UM tu…dia suruh kerajaan jgn serbu PATI tp dekati dgn diplomasi..belajar tinggi jadi Profesor pun bodoh tak dapat bezakan PATI dgn pekerja asing yg sah dan rakyat tempatan..bagusnya PATI tu hantar jer rumah Profesor tu…tak pasal2 kerajaan terpaksa belanja duit pembayar cukai untuk pendatang haram ni..padahal duit tu untuk rakyat Malaysia yg susah & sakit..suruh Profesor tu sponsor PATI laaa

  3. Dari nak jadi HERO PATI, lebih baik buat usaha @accelerate penyelidikan buat VAKSIN COVID-19. Barulah ada standard!

    Jangan jadi macam professor undang2 kangkung!

    Ianya lebih berfaedah!!!

  4. Kalau negara bebas kan PATI, sungguh tidak adil kepada pekerja asing yang masuk secara sah dengan lermit kerja. Kalau perkara ini di benarkan maka berduyun-duyun orang indon, filipina,thailand,vietnam,myanmar,pakistan dan bangladesh akan datang ke negara kita masuk dan tinggal secara haram.

  5. Tak perlu dilayan NGO2 yg bengong lagi bangang ni..Buat mnyemak je..Keje mereka bknnya utk kebaikkn rakyat dn negara bhkn membebankn..

Comments are closed.