Home Nasional Azmin nak ke Kedah atau Pahang?

Azmin nak ke Kedah atau Pahang?

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memandu sendiri kenderaan menuju ke Istana Negara bagi berjumpa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah turut bersama Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah di Hotel Sofitel Damansara, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 26 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Siaran media sempena lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengandungi pelbagai kesalahan.

Dalam siaran media satu muka surat yang diterima MalaysiaGazette mendapati Azmin mahu mengadakan lawatan ke Kedah namun jika diamati dalam surat berkenaan, Menteri Kanan itu didapati ingin mengadakan lawatan rasmi ke Pahang pula.

“Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri Kedah Darul Makmur esok, 28 Mei 2020.

“YB Menteri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Kedah YAB Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Iman pada 2 petang.

“Pertemuan bagi kedua pemimpin ini adalah yang pertama sejak YAB Muhammad Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020,” tulis kenyataan yang dibuat oleh pejabat beliau, siang tadi.

Menyemak kenyataan itu, terdapat dua kesalahan yang ketara apabila negeri Kedah Darul Makmur ditulis dalam kenyataan itu sedangkan umum mengetahui Kedah dipanggil ‘Darul Aman’.

Panggilan ‘Darul Makmur’ adalah bagi negeri Pahang.

Satu lagi kesalahan ketara adalah panggilan kepada pejabat kerajaan negeri Kedah iaitu Wisma Darul Aman yang ditulis dalam kenyataan itu sebagai ‘Wisma Darul Iman’ yang sinonim kepada negeri Terengganu.

Bagiamanapun, kenyataan itu ditarik balik pejabat Azmin setelah diperbetulkan petang tadi.

Kenyataan itu sempat dimuatnaik Penasihat Komunikasi dan Media kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan itu, Azmin dijangka mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor.

Ia berkisar tentang kedudukan peluang pelaburan di negeri itu dan bagaimana negeri Kedah mampu terus menjadi tarikan pelabur asing pasca Covid- 19 selain menjadi hab pembuatan bagi sektor-sektor terpilih. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. hahahahha..apa punya setiausaha akhbar dah.. terlebih makan durian ataupun harapkan orang bawah buat kerja dan tidak buat semakan..melingkup..

  2. Orang Madey takdak kerja. Celah kelangkang orang pun sibuk nak intai.Cari le keje berfaedah sikit selain jadi macai pebetui surat orang.

    Inilah bukti PHaruupun, cantik luaran penuh kepalsuan didalam. Dok bikin manifesto memberi harapan menggunung… Hujung nya ketimpa tahi ayam panas sahaja.

    Confirmed ko orang zaman abang long aku. Lepas siap menulis surat or karangan nanti ko bikin awan larat motif bunga2 kat keliling durat. Tapi isi surat hampehhh

  3. Kesalahan titik perpuluhan lagi besar salah nya apa kau org x bising pun.sedang titik itu bleh mengbah nilai yg lbeh besar atau lebih kecil…tap payah nak bepolitik tepi longkang klu itu tahap kau org pi main tepi lombong lagi baik.

  4. Nampak dah pejabat jemin semperit jadi gelabah bewak … surat yang simple pun boleh silap taip … dia tak edit dulu ka … macam mana nak urus benda yang lebih besar lagi nanti … nampak tak Allah nak tunjuk dia ada dosa besar …antaranya tuduhan dan pengakuan yang berkait dengan jantan…. kedua khianat kepada kerajaan PH… tunggula nanti dia akan terus jadi gila pulak
    ..

  5. Laman Berita Ni punyalah bangang wartawannya.. stay takut ditendang sbb asal tulis jer? Dah tahu diperbetulkan buat apalah siarkan panjang menjela kesalahan itu.. mungkin wartawan ni baru lepas minum ketom kot. Wartawan yg bertanggungjawab bukan seperti menyiarkan “sampah” untuk rujukan.

Comments are closed.