Home Nasional Mayat Khairil Firdaus ditemui

Mayat Khairil Firdaus ditemui

Gambar hiasan
KUALA BERANG –  Tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu menemui mayat kedua pada 11.36 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Mohd Basri Kamarazaman berkata mayat Khairil Firdaus Mohd, 17, ditemui di dasar sungai, kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

“Pencarian diteruskan untuk mangsa terakhir iaitu Khalif Naim, 16,” katanya.

Terdahulu, mayat Umar Iskandar, 21, ditemui pada 9.50 pagi di dasar sungai itu, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. – MalaysiaGazette