Home Politik Saya berada di KL bukan Singapura- PM

Saya berada di KL bukan Singapura- PM

Perdana Menteri ketika mengadakan sidang video bersama Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini. Foto: FB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau kini berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan.

Tegasnya, beliau kini berada di kediaman peribadinya di Bukit Damansara di sini bagi menjalani kuarantin.

“Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jumaat lalu, Muhyiddin mula menjalani kuarantin selama 14 hari selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabanyanya pada Rabu disahkan positif Covid-19.

Ini selaras dengan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342).

Muhyiddin bagaimanapun disahkan negatif Covid-19.- MalaysiaGazette

+ posts

4 Komen

  1. Tak tanya pun,ada kami kisah dimana kamu berada? Kami cuma memerhati cara kamu memimpin dan mentadbir kerajaan yg dicuri dari mandat rakyat. Semoga anda sihat walafiat dan teruskan agenda yg dirancang.

  2. Abdul aziz, ko guna undang2 mana yg myatakan krjaan pn sah dan pintu blkang..klu bodoh pasa undang2 baik tak pyh komen kat sini, nnyi di celaka kn oleh org lain je.. Ckup2 lh ko jadi anjing dap, ph ya..ckup2 lh ko hncurkn bgsa ko sendiri..harap2 ko blik ke pangkal jln sblum ajal dtg…org mcn ko ni , blh mcancurkan ngra..anjing mcn ko ni pi mmpus lh..krjaan yg stabil pun ko tak puas hti..krjaan mcn ph yg jahat tu, ko agungkn…

  3. Noted TSMY..semoga الله memudahkan urusan tan sri utk mentadbir negara bersama pegawai2 kerajaan turus yg hebat2.

Comments are closed.