Sangkaan pematuhan orang ramai selepas tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang pada 12 Mei lalu tidak seperti diharapkan.
Ia rupa-rupanya tidak banyak mengubah suasana termasuk kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di mana kumpulan pendatang warga asing masih ‘memenuhi’ kawasan berkenaan.
Hasil tinjauan MalaysiaGazette petang tadi menunjukkan masih terdapat jumlah warga asing terutama Myanmar berkeliaran dan apabila lensa kamera jurugambar menangkap foto, barulah ramai dalam kalangan mereka lari bertempiaran bimbang kami pegawai penguat kuasa.
BERITA BERKAITAN :