Home Sukan Giggs pilihan ganti Moyes di Sunderland

Giggs pilihan ganti Moyes di Sunderland

Ryan Giggs

MANCHESTER – Lagenda Manchester United, Ryan Giggs kini menjadi calon utama menjadi pengurus Sunderland bagi menggantikan David Moyes.

Musim panas lalu, Giggs melepaskan peluang untuk menjadi pengurus baharu Swansea City memandangkan kehendak kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak selari dengan ‘cita-citanya’.

Giggs, 42, antara calon untuk menggantikan tempat jurulatih Francesco Guidolin yang dipecat namun Swansea City secara rasminya telah melantik pengurus kelahiran Amerika Syarikat, Bob Bradley.

Sebelum ini, Giggs pernah yang menjadi pembantu kepada bekas pengurus United, Louis van Gaal dilaporkan  ‘gagal’ ketika temuduga bersama Swansea City bagi jawatan di situ.
Sementara itu, Moyes apabila dia akhirnya melepaskan jawatan sebagai pengurus Sunderland selepas kelab itu tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris.

Kelab itu mengumumkan perletakan jawatan pengurus dari Scotland yang berusia 54 tahun itu semalam.

Moyes hadir dengan  menggantikan Sam Allardyce pada Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette