PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau masih lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan pemecatannya dari parti itu tidak sah.
Beliau berkata, pengumuman mengenai penggugurannya daripada parti tersebut sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya semalam tidak mengikut perlembagaan parti kerana beliau (Muhammad Suhaimi) telah dipecat lebih awal.
“Saya sebagai pengerusi masih lagi memegang jawatan itu dan Datuk Marzuki (Yahya) adalah Setiausaha (Agung) parti. Dia masih lagi memegang jawatan berkenaan,” katanya pada sidang di sini hari ini.
Menurut Mahathir lagi, pemecatan beliau menjadi tidak sah kerana pelantikan setiausaha agong baharu yang dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibuat mengikut lunas yang betul.
Ini kerana kata beliau, jika Muhyiddin mahu melantik Setiausaha yang baharu beliau perlu berunding dengannya tetapi perkara itu tidak berlaku sebaliknya dibuat mengikut keputusan sendiri.
“Saya cuma mendapat tahu bahawa jawatan setiausaha itu sudah diberi kepada (Datuk) Hamzah Zainuddin. Ini dibuat sendiri oleh presiden. Itu yang salah,” ujarnya.
Tambah beliau, Hamzah tidak mempunyai hak sama sekali untuk memegang jawatan dalam parti kerana Bersatu sebelum ini telah membuat keputusan bahawa anggota parti UMNO yang masuk ke dalam Bersatu perlu melalui proses tertentu yang boleh dipersetujui tanpa dibenar mendapat jawatan.
“Dia (Hamzah) itu datang sebagai ahli biasa dan bila dia datang dari UMNO tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Jadi bila dia jadi setiausaha yang dilantik oleh Muhyiddin ini adalah salah. Banyaklah Muhyiddin buat benda yang salah,” katanya.
Terdahulu, sekumpulan pengamal media yang menunggu untuk sidang media oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Menara Yayasan Selangor dikejutkan dengan kehadiran Mahathir.
Tidak lama selepas itu kelihatan beberapa pimpinan parti yang lain tiba antaranya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah.
Hamzah difahamkan menukar lokasi sidang media daripada ibupejabat Bersatu ke sebuah hotel di ibu kota. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Mahathir nak tunjuk lagak di pejabat Bersatu yang rak dan meja dia semua dah dikosongkan!
Seronok tengok gelagat Atok yang ditendang dari prti sendiri!!! Macam orang MEROYAN!
Atok power
Pakat-pakat lah semua ahli boikot geng Abdul ni, semua mesyuarat tidak payah panggil mereka.
Dato Seri Hamzah tadi ada ke beri borang permohonan untuk menjadi ahli UMNO kepada Tun M. Oh….dia kena pergi ambil.sendiri di peiabat cawangan UMNO di Langkawi. OH.. kena beratur ikut SOP KKM. UMNO nak ke terima borang permohonan dia. Atau mereka akan.campakan ke dalam tomg sampah.tollnh tengok tengokan ya.
Sudah sudah la…… patut gunakan mase yg tinggal sikit ni berusaha bersungguh-sungguh utk masuk syurga.