Datuk Seri Rina Harun menafikan khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibawah kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu lagi, beliau masih merupakan ahli PPBM dan juga Ketua Srikandi sekaligus menidakkan segala tohmahan tidak berasas yang diuar-uarkan di dalam media sosial sejak akhir-akhir ini.
Beliau menyatakan kekesalan terhadap pihak tertentu yang menyebarkan maklumat tidak benar mengenai pendirian dan kedudukan beliau di dalam parti.