KUALA LUMPUR – Seorang pemerhati politik berpandangan adalah lebih tepat jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masih lagi berfungsi sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memanggil saja Setiausaha Kerja parti itu datang mengadap beliau.
Azizi Safar mantan Setiausaha Kerja Barisan Nasional P. Pinang juga melahirkan rasa pelik mengenai kewajaran bekas perdana menteri bertaraf negarawan itu bertindak datang ke ibu pejabat Bersatu semata-mata kerana tidak berpuas hati berhubung pemecatannya.
Tindakan Dr Mahathir itu, katanya, dilihat seolah-olah beliau mahu mencabar secara berdepan Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya yang menandatangani surat pemecatan lima ahli Bersatu termasuk bekas perdana menteri itu.
“Kalau orang kata Mahathir itu Harimau, Kapt Suhaimi Setiausaha Kerja PPBM tu level kucing sajalah.
“Harimau ke Pejabat PPBM sebab nak cari gaduh dengan kucing saja kelmarin?
“Kalau dah Pengerusi parti, panggil sajalah Setiausaha Kerja itu datang mengadap,” kata Azizi dalam hantaran di laman Facebook mengulas perkembangan kemelut dalaman Bersatu yang semakin memuncak kebelakangan ini.
Mengulas lanjut, katanya, taraf Dr Mahathir sebagai negarawan tidak sepatutnya diturunkan semata-mata untuk bersemuka dengan seorang Setiausaha Kerja yang hanyalah bekas kapten tentera.
Bagaimanapun, katanya, melihat apa yang berlaku sekarang ini walaupun Dr Mahathir datang ke ibu pejabat Bersatu namun Setiausaha Kerja tidak pun bertemu dengan beliau dan keadaaan itu mungkin kerana bekas pemimpin nombor satu itu tidak lagi dihormati.
Semalam Dr Mahathir memuatnaik hantaran di laman sosial berserta gambar dan video menunjukkan beliau telah berada di ibu pejabat parti itu iaitu kira-kira dua jam sebelum Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengadakan sidang media.
Artikel berkaitan: Kata nak pecat, saya tunggu di pejabat – Dr Mahathir
“Saya sekarang di Ibu Pejabat BERSATU, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat,” katanya.
Dr Mahathir juga sempat bercakap kepada para wartawan antara lain menegaskan bahawa beliau masih pengerusi Bersatu selain tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan memecat Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut cara yang betul.
Kemelut dalam Bersatu semakin melarat apabila parti itu mengeluarkan surat memaklumkan keahlian Dr Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir tergugur dengan sendiri apabila mereka menyokong pembangkang dengan memilih untuk duduk di blok pembangkang di Parlimen baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Tun M, Mukhriz dipecat daripada Bersatu
Turut tergugur keahlian Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah. – MalaysiaGazette
Tun sudah kena pulau dengan ahli Bersatu, dia kan suka duduk asing di Palimen, maka Bersatu anggap Tun adalah orang asing, ibarat PAsingTI di Malaysia datang tidak diundang, kalau boleh hendak dihalau sahaja.
Laaaa Medey bukannya Pengerusi lagi..dah letak jawatan…nak buat apa SU Kerja pergi jumpa?? Of course lah SU Kerja ikut arahan SU Agong & Pemangku Pengerusi..
Orang tamak selalu rugi.
Anjing dengan bayang bayang
Si Luncai terjun dengan labu nya
Itulah ibarat nya negarawan Si Kitol
Kuatnya BATU2 API nie….
Jgn cepat melatah duhai sahabat semua.. Tun punya game belum selesai.. Pada hemat saya matlamat Tun cuma nk jatuhkan Najib dan tak mahu Anwar jadi PM.. Matlamat itu sudah tercapai.. Skrg beliau dlm proses nk satukan semua parti melayu.. Harap semua bersabar..
Seronok tengok gelagat Atuk yang sudah jadi GELANDANGAN tidak berumah!
MEROYAN DISANA SINI!
Dalang, dajal dan batu api utama dalam kes ttertubuhnya PN adalah Azmim. Tun M akan jumpa semua orang politik yang nak jumpa dia. Gambar yang ditunjukkan itu.hanya buk ti bodoh lagi.busuk untuk memburukkan Tun M. Bukan Tun M yang pergi.cari puak- puak mabuk kuasa tetapi puak-puak mabuk kuasa yang muka tak malu pergi.mengemis untuk.kembali.berkuasa.j
Kembalikan mandat rakyat.
WAJIB.
Tumbangkan pengkhianat.
WAJIB.
Eee geli lh bila bekas BN komen… Nk muntah lh weyyy