KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Pontian, Johor hari ini menjadi bahagian pertama yang mengatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketuanya, Datuk Isa Ab Hamid berkata, majoriti masih menyokong Mahathir dalam menerajui Bersatu.
“Kami barisan Bersatu Pontian membuat kaji selidik dan mendapati bahawa 91 peratus daripada AJK kami telah mengambil pendirian menyokong Dr Mahathir dan 4.5 peratus lagi menyokong Muhyiddin Yassin dan 4.5 peratus lagi berkecuali.
“Bagi Ketua Cawangan pula 67 peratus menyokong Mahathir dan 33 peratus menyokong Muhyiddin Yassin.
“Armada tujuh peratus memilih Mahathir dan 93 peratus lagi memilih Muhyiddin.
“Srikandi pula 76 peratus memilih Mahathir dan 14 peratus memilih Muhyiddin dan 10 peratus lagi berkecuali,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu Pontian hari ini.
Dalam pada itu, Isa berharap agar keputusan yang dicapai oleh peringkat bahagian ini dihormati pelbagai pihak.
Malah Bersatu Pontian turut berkata kelima-lima pemimpin itu perlu diberi ruang untuk membela diri di Lembaga Disiplin parti.
“Isu penamatan Mahathir dan empat yang lain kita lihat agak subjektif dan berharap sepatutnya dipanggil ke Lembaga Disiplin sekiranya didapati bersalah.
“Mereka patut diberikan ruang bela diri dan kita lihat seolah-olah ada tindakan tertentu tanpa melihat satu keputusan Lembaga Disiplin. Perkara ini patut ditangani dengan baik oleh Presiden,” katanya.
Dalam pada itu, Isa juga berharap agar Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat berbuat sesuatu demi menjaga kepentingan parti dan akar umbi.
“Saya berharap Muhyiddin dapat mengeluarkan kenyataan membatalkan atau menarik balik pemecatan ini kerana kami tidak mahu perkara ini menjurangi perselisihan pendapat dan hala tuju Bersatu,” katanya lagi.
Sidang media itu dibuat susulan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang berkata keahlian lima orang bekas ahli Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik dilucutkan.
Bagaimanapun, bahagian itu berkata pihaknya masih menyokong pendekatan yang dibawa Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin. – MalaysiaGazette
Bodoh ketua bahagian pontian ni dan tak tahu jndang undang parti.
Kalau kata dah sokong sila lah keluar Bersatu sebab Tun bukan lagi pengerusi bersatu dan bukan ahli Bersatu. Silakan keluar untuk memberi laluan pada orang lain.
Bikin malu org johor.. kau dah kena apa wak.. nak kena tempeleng kiri ke kanan.. karepe deve , endas mu…
Terbukti ramai yg menyokong TUN.. Teruskan semua.. Anda yg menyokong TUN ada lah hero2 perjuangan yg bermaruah berintegriti