Sekiranya kes baharu melibatkan rakyat tempatan tidak tinggi pada pengakhiran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bercadang untuk memberikan kelonggaran kepada beberapa sektor sosial untuk dibuka semula antaranya sektor sukan dan pendidikan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, cadangan itu bagi mengambil kira kepatuhan masyarakat negara ini kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah diperkenalkan oleh KKM sejak PKPB dilaksanakan pada 4 Mei lalu.