Home Dunia Pesawat Air India berpatah balik, juruterbang positif Covid-19

Pesawat Air India berpatah balik, juruterbang positif Covid-19

Pesawat Air India. foto News 18

NEW DELHI – Sebuah pesawat Air India (AI) tanpa penumpang yang dalam penerbangan dari Delhi ke Moscow diarahkan berpatah balik ketika berada di ruang angkasa Uzbekistan selepas syarikat penerbangan itu menyedari salah seorang juruterbang positif Covid-19.

Ini berikutan kecuaian pasukan pemeriksaan laporan ujian pra penerbangan anak kapal apabila telepas pandang laporan Covid-19 ke atas juruterbang sebagai negatif sedangkan ia adalah positif dan membenarkan beliau memasuki pesawat yang akan membawa pulang warga India dari Moscow.

Pihak berkuasa penerbangan awam, Directorate General of Civil Aviation (DGCA), sedang menyiasat kes tersebut, lapor Times of India.

Menurut kenyataan AI: “Pada pagi Sabtu, Air India memanggil semula pesawat tanpa penumpang yang beroperasi dari Delhi ke Moscow serta merta apabila mendapati salah seorang kru kokpit diuji positif ujian Covid pra penerbangan,”.

 

On return, immediately after landing all cockpit and cabin crew have been tested and all laid down medical precautions are being taken to ensure their health and safety. Another aircraft has taken off today to operate the Vande Bharat flight Moscow to Delhi.”

Sejurus sahaja mendarat, semua kru penerbangan diuji selain mengambil langkah-langkah kesihatan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjamin.

Sebuah pesawat Airbus lain, A320 Neo beroperasi untuk laluan Moscow ke Delhi telah berlepas tiba di Delhi pada pukul 12.30 tengahari dan kini krewnya dikuarantin.

Pesawat tersebut akan dinyah kuman dan syarikat penerbangan terbabit telah menghantar sebuah lagi pesawat A320 Neo ke Moscow pada tangahari semalam untuk membawa pulang warga India.

Sumber industri penerbangan berkata: “Ini adalah kesilanan tulen berikutan jumlah keputusan ujian yang banyak yang perlu diperiksa,”.

Sebanyak 300 kru penerbangan menjalani ujian di Delhi setiap hari. – Agensi