KUALA LUMPUR – Mengaitkan sekolah tahfiz dengan arak, aktivis Siti Zabedah Kasim dituntut membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dan menarik balik kenyataannya.
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah mendakwa kenyataan Siti yang disifatkannya keterlaluan telah mencetuskan kontreversi dan kemarahan di kalangan umat Islam.
“Jangan melampaulah Siti Kasim. Ini perkara yang boleh mencetuskan kontreversi suruh tutup sekolah tahfiz kalau nak haramkan arak.
“Puan Siti Kasim, sudahlah, bertaubatlah. Janganlah menaikkan kemarahan rakyat. Perkara yang tidak seharusnya kau cakap. Ayah suka, ayah sayang kamu, tapi kamu keluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada pemberita.
Rani berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Siti Kasim di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Ia susulan daripada cadangan Pas baru-baru ini agar arak diharamkan kerana mengundang risiko pemandu mabuk sehingga melibatkan kemalangan malah lebih teruk kematian.
Siti Kasim yang tidak bersetuju sebaliknya menegaskan mengharamkan arak sama seperti keperluan menutup sekolah tahfiz yang bermasalah.
“Alkohol bukan masalah. Peminum yang tidak bertanggungjawab adalah masalah sebenar. Sama seperti sekolah tahfiz, ia bukan masalah tetapi pihak pengurusan sekolah itu yang bermasalah.
“Anda (Pas) mahu mengharamkan arak hanya kerana ia menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan sekolah-sekolah tahfiz juga kerana ia menjadi punca kerosakan anak-anak yang tidak bersalah,” kata Siti Kasim dalam hantaran di laman Facebooknya baru-baru ini.
Rani Kulop turut mempersoalkan mengapa Siti Kasim kelihatan membenci sekolah tahfiz.
“Tarik balik kenyataan, minta maaf seluruh umat Islam jangan kaitkan arak dengan tahfiz. Kenapa kau benci sangat dengan tahfiz? Di mana kedudukan kamu sebagai orang Islam?,” katanya.
Pihak polis juga, tambah beliau, perlu menyiasat Siti Kasim atas kenyataan yang dibuatnya baru-baru ini. – MalaysiaGazette
Dia patut dikenankan hukkm sepertimana orang yang murtad dan tam boleh diberikan ruang media. Dia macam bapak diaKasfim Ahmad. ANTI HADIS.
Dari apa yang dapat saya lihat semua yang ada kaitan dgn islam dia tak suka.. biar lah dia jd kupang tembaga..