Home Ekonomi Pelabur asing lupus RM663.8 juta ekuiti minggu lalu

Pelabur asing lupus RM663.8 juta ekuiti minggu lalu

KUALA LUMPUR – Jualan ekuiti oleh ekuiti menyusut kepada RM663.8 juta minggu lalu berbanding RM714.7 juta pada minggu sebelumnya.

Sepanjang bulan lalu, pelabur asing melupuskan RM3 bilion, bulan kedua tertinggi aliran keluar asing pada tahun ini.

Aliran keluar asing tertinggi adalah pada bulan Mac, kata MIDF Research.

Setakat ini aliran keluar bersih asing dari MAlaysia adalah RM13.3 bilion – ketiga terendah dalam pasaran tujuh negara Asia yang dipantau MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur antarabangsa melupuskan sebanyak RM#62.5 juta ekuiti tempatan semasa bursa dibuka pada hari Rabu.

Ia merupakan aliran keluar asing tertinggi dalam tempoh sehari sejak pertengahan Mac lalu.

Namun, kata MIDF Research, pelabur institusi runcit dan tempatan membeli ekuiti tempatan dengan jumlah lebih daripada RM100 juta terutama kaunter-kaunter sarung tangan getah, mendorong bursa tempatan naik 1% pada hari yang sama.

Pelabur luar pesisir terus menjual saham pada Khamis tetapi pada kadar lebih perlahan RM227.1 juta bersih.

Risiko terhadap sentimen pada hari itu didorong oleh demonstrasi semalam Wall Street yang menyaksikan Dow Jones melonjak 553 mata susulan meningkatnya keyakinan pihak berkuasa global mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan ekonomi.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Eropah mencadangkan pakej rangsangan sebanyak AS$ 826 bilion untuk membantu pemulihan kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Penjualan bersih asing pada Jumaat lalu turun di bawah paras RM100 juta kepada RM74.2 juta susulan pertumbuhan positif ekonomi-ekonomi di Asia yang dibuka secara beransur-ansur dari penutupan wabak.

Firma penyelidikan itu mebambah, dari segi penyertaa, hanya pelabur asing yang menyaksikan purata nilai dagangan harian (ADTV) sehingga mencecah RM3.5 bilion.

Ia adalah ADTV mingguan terbesar sejak minggu yang berakhir pada 1 Jun 2018. – MalaysiaGazette