KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) di Johor didakwa cuba mengambil kesempatan dengan menangguk di air keroh untuk memecahbelahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.
Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Negeri Johor, Abdullah Husin berkata, perkara itu dapat dilihat susulan kenyataan yang dikeluarkan serta tindakan pimpinan parti itu di peringkat negeri.
Katanya, apa yang dilakukan oleh pimpinan parti tersebut jelas menunjukkan mereka melanggar titah Sultan Johor ketika majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 14 Mei lalu.
“Tuanku telah menitahkan supaya tidak menyebarkan virus perpecahan dengan berpolitik serta tidak mempedulikan tentang kepentingan rakyat.
“Pas Johor amat kesal dan mengecam sekeras-kerasnya sikap dan tindakan daripada PH Johor tersebut, yang masih dan cuma mementingkan agenda politik mereka semata-mata tanpa memperdulikan kepentingan rakyat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Abdullah berkata, Pas Johor akan terus bekerja dan berusaha bagi memastikan kepentingan kesejahteraan rakyat negeri Johor terbela, terutamanya di dalam keadaan yang mencabar sekarang.
Katanya, fokus juga ditumpukan kepada pembangunan semula negeri Johor pasca bencana wabak Covid-19 yang telah memberi kesan kepada semua rakyat, negeri dan negara.
Tambah beliau, pihaknya akan memberikan komitmen untuk terus menyokong kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad, memimpin kerajaan negeri di bawah payung pemerintahan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ujarnya, Pas Johor juga memberikan komitmen untuk terus bersama-sama memperkukuhkan lagi kerajaan PN Johor dengan semangat setiakawan bersama UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), MCA dan MIC dengan keutamaan diberikan sepenuhnya terhadap kesejahteraan rakyat negeri Johor. – MalaysiaGazette
Boleh caye ke Pas?
Ko pcya ke tak apa aku pdulu..tak plu ko pun nk pcya or takk..anjing2 dap kafir tak blh di pcyai..ko nk pcya or tak mmpus ko lh…
Time ni lah soh hormati titah sultan
Sblom ni kemain pelahap..buat malu ja