Home Utama SRC International: Mana ada bukti Najib pecah amanah?

SRC International: Mana ada bukti Najib pecah amanah?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi pendengaran hujahan lisan pada akhir kes pembelaan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan disifatkan gagal dan tidak berjaya mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak terlibat dengan apa-apa unsur pecah amanah seperti yang didakwa dalam kes penyelewengan dana RM42 juta.

Sebaliknya pendakwaan hanya ‘agresif’ dan berkali-kali cuba mengaitkan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low selama perbicaraan berlangsung.

Malah soal peguambela Najib, Harvinderjit Singh ketika menggulung hujah pembelaan, apakah yang cuba dibuktikan oleh pendakwaan berkait dengan Jho Low walhal Najib didakwa atas tuduhan pecah amanah.

Katanya, pendakwaan juga gagal membuktikan Najib mempunyai sebarang kawalan dalam melakukan pemindahan RM42 juta dana SRC ke akaunnya.

“Sebenarnya, kes utama yang dibicarakan dengan dakwaan Najib mengawal dana selain bersekongkol dengan Jho Low, Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan setiausaha sulit Najib, Allayarham Datuk Azlin Alias.

“Pertuduhan Najib ialah CBT atau pecah amanah tetapi tidak ada pertuduhan konspirasi atau bersubahat.

“Jadi apakah yang berlaku sebenarnya?

“Pendakwaan juga tidak berjaya membuktikan Najib telah memindahkan dana tersebut sebaliknya ianya telah dilakukan oleh ‘orang ketiga’ seperti Nik Faisal yang mendapat arahan Jho Low.

“Malah kita juga diperdengarkan pegawai penyiasat Rosli Hussin ketika memberi keterangan ada mengakui notis merah dari Interpol terhadap Nik Faisal dan Jho Low,” katanya lagi.

Sambung Harvinderjit, banyak bukti yang menunjukan kes pecah amanah terhadap Nik Faisal dan Jho Low dan bukan Najib.

“Ketika Joanna Yu dari Ambank memberikan keterangan, kita juga diperdengarkan sendiri bagaimana Jho Low sebenarnya memanipulasi akaun peribadi walaupun dia bukan pemilik mahupun pemegang mandat yang sah,” ujarnya.

Harvinderjit juga menarik perhatian pendakwaan juga gagal memberi fokus dengan bukti diketengahkan oleh pembelaan terhadap tandatangan Nik Faisal dan bekas Pengarah 1MDB, Datuk Suboh Md Yassin.

Itu berkaitan dengan isu tandatangan dipalsukan dalam enam surat arahan kepada bank yang menyebabkan RM50 juta dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.

“Bagaimana sebenarnya enam surat arahan ini wujud? Enam surat arahan yang disampaikan kepada bank untuk memindahkan RM50 juta dan diletakkan ke dalam akaun Najib. Kami hendak tahu, mananya CBT oleh Najib di sini?

“Pendakwaan dengan senang berkata ‘tidak kisah’ jika ianya di potong dan tampal kerana tidak ada aduan rasmi dibuat kepada SRC. Ini bukanlah satu kes dengan hanya berdasarkan jangkaan sebaliknya bukti.

“Dalam kes ini, pendakwaan lebih kepada andaian berbanding bukti yang munasabah melangkaui keraguan,” ujarnya.

Hujah penggulungan terus bersambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015. – MalaysiaGazette

13 Komen

  1. Cuba minta bukti2 najib seleweng pada puak2 PH.. Manatau ade dalam pegangan atuk n the geng…. Hanya puak2 PH saja yg beria kata najib seleweng…. Bukti tiada…

  2. Urut batang kote dgn gel titan sbg persiapan sebelum berjubo lagi baik daaaaaa

  3. ye laaa..tak ada satu pun arahan datang dari Najib…semuanya dari JLow..bank pun terima arahan dari JLow…pi lah tangkap JLow!!

  4. Jika buksn Najib Seleweng maknanya hantulah.yang ambil duit dari SRC Dan 1 MDM. Maknya juga SPRM dan PDRM.dan saksi- saksi pendakwa.semuanya.manusia bodioh, penipu dan jahatlah. Engkau.orang.lulusan Undang- undang dari mana sehingga korang dapat buat pengadilan sebelum dibuat mahkamah. Tentu korang atau keluarga korang banyak makan dedak.Najib sehimgga tak dapat berfikir

  5. SEHEBAT MANA MAHATHIR LAKNAT MERANCANG N MENJADI TUAN PADA JHO LOW UNTUK AIBKAN DSNR N JATUHKAN DSNR DENGAN SEGALA FITNAH,MAHATHIR LUPA ALLAH ITU ADA.
    MATILAH HANG MAHATHIR LAKNAT IBLIS SEHINA-HINA MANUSIA YANG ADA..MAHATHIR LAKNAT SELAKNATNYA MANUSIA…

  6. kenapa kau bodoh sangat Zahir. Yang dakws dan tangkap Najin di Mshkamah tu bukan Tun M.. Tun M pun tak jadi saksi. Mata kau buta kah tak nak baca kes perbicaraan.Ini lah masalah bila malad membaca

  7. Dari awal lagi, kes mahkamah yang membazir, punca nya sebab saksi utama JLo tiada. Ini semua kerana kebodohan PH dan Tomy. Kes Forex Tun pun mungkin tidak dibawa ke mahkamah kalau saksi utama Menteri kewangan sudah tiada. Alasan yabg selalu diguna kan oleh PH apabila di bawa mahkamah adalah untuk academiction.

  8. Bila iblis dah kencing ke muka Madey sehinggs pedih mata Madey pun kencing pulak pada sesiapa saja yang dia nak kencing termasuklah Si nuar dan kak wan serta pengikut Bersatu yang menyokongnya. Tapi pulut kuning dimakan oleh Madey dan isteri dan anaknya. Dan semusnya yang terbabit terpaksa minumnya macam Ayah Pin dan pengikutnya meminum air basuh kaki ayah pin.

  9. Ada cerita seorang kawan.
    Dia kerja kat pejabat lawyer.
    Dia lebih rela jadi suri rumah dari pada jadi lawyer, apabila bos@dia sendiri tahu bahwa yg dibela@clientnya memang benar2 bersalah & mencari helah utk tidak disalahkan dgn cara apapun.
    Ini boleh jadi pengajaran bagi pihak peguambela src, 1mdb bahkan apa saja kes rasuah, jenayah yg dilakukan oleh pemimpin umno & pas.

    Bahwa sudah menjadi asas peguambela tertuduh utk berusaha membebaskan pelanggannya dari sabit hukuman.
    KERANA DUIT BUKAN KEADILAN.
    Jadi LAWYER MACAM INI LAH YG AKAN DITEMPAT KEDALAM API NERAKA.
    Bersama tertuduh & orang2 yg menyokong nya.

  10. Arif Muluk…Kenapa kau duk persoalkan peguambela…Kenapa kau tak persoalkan peguamcara yang wpun tiada bukti yang kukuh masih lagi nak mendakwa Najib…Semasa perbicaraan asyik kuar nama jho lo dgn nik arif..Sepatutnya peguamcara bawa 2 org penting dlm kes src ini untuk memberi keterangan..Tapi tiada..Hanya nama saje disebutkan..Kenapa tak bawa??? Takut kantoi ke yg kes SRC ini adalah fitnah madey….Sudah tentu kau tak boleh jawab…

  11. Arif Muluk Dajjal belaan DAP YG BERBULU MANUSIA ISLAM. KO SEDAR TAK KENYATAAN KO TU 100% FITNAH. BERLAGAK MACAM ALIM JUBOR BUSUK MAIN BELAKANG. KO ADA BUKTI PEE LAGI BAGI KAT MADEY TU.. BAGI KAT PENDAKWARAYA N SPRM. ANJING MULIA LAGI DARI BARUA DAP

Comments are closed.