KUALA LUMPUR – Walaupun negara sedang berusaha menangani Covid-19 namun isu pemandu mabuk tidak boleh dipandang remeh.
Ini kerana ia sudah mula mendatangkan rasa marah dan tidak puas hati dalam kalangan rakyat, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad.
Beliau menegaskan, sudah tiba masanya Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khususnya Seksyen 41 hingga 45 mengenai hukuman ditambah baik.
“Akta ini harus ditambah baik bagi membendung permasalahan berkaitan pemandu mabuk yang seakan tidak takut dengan undang-undang yang mungkin dirasakan tidak tegas.
“Dengan penambahbaikkan akta ini diharapkan ia dapat memberi pengajaran serta menghindarkan gejala pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, demi kepentingan rakyat khususnya pengguna jalan raya,” katanya yang juga Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan semalam.
Kejadian kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi dan terbaru seorang penghantar makanan FoodPanda menjadi mangsa seterusnya dalam satu kejadian, awal pagi tadi.
Nahas itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Iskandar menghala ke Kuala Lumpur.
Semasa berada di kawasan tersebut, motosikal yang ditunggang oleh mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dirempuh dari arah belakang oleh pemandu lelaki di bawah pengaruh alkohol yang memandu kereta Nissan Livina.
Semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.
Noraini berkata lagi, satu tindakan drastik dan tegas harus diambil segera bagi membendung isu pemandu mabuk yang kini semakin membengkak menjadi barah.
“Secara tidak langsung mereka ini seakan menjadi ‘pembunuh’ dan perkara ini harus dibendung segera,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Kalau Siti Kassam kena LANGGAR dengan PEMANDU MABUK baru dia tahu, kecacatan kekal dimuka atau lumpuh seumur hidup?
Baru dia tahu langit ini tinggi rendah?
Cadangan pilihan hukuman Kesalahan Pemandu Mabuk Yang Melibatkan Kemalangan Maut. Jika disabitkan kesalahannya.
1. Penjara tidak kurang atau tidak lebih 20 tahun, kerja berat. Lucut kelayakan lesen memandu atau ujian memandu kenderaan bermotor di atas jalan raya. Haramkan pesalah memandu kenderaan bermotor di atas jalanraya.
2. Gantung sampai mati.