Jumlah kematian bagi kes Covid-19 masih kekal sebanyak 115 kes sejak beberapa hari lalu tanpa ada penambahan.
Bagaimanapun, jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 38 kes menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu di Malaysia adalah sebanyak 7,857 kes.
“Ingin dimaklumkan daripada 38 kes baharu yang dilaporkan, 26 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah kes bukan warganegara dan hanya enam kes dalam kalangan warganegara Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.