TERKINI : 20 Kes Baharu Covid19, Kes Kematian Kekal Sebanyak 115 Kes – Dr Noor Hisham

Perkembangan kes jangkitan Covid-19 di negara ini menyaksikan tiada penambahan kes kematian baharu untuk hari ke-11 berturut-turut sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).