Sebanyak lima kes penularan positif Covid-19 di dalam negara yang mana hanya menyaksikan dua daripadanya adalah warga negara tempatan menunjukkan jangkitan pandemik virus itu telah mencapai angka satu digit yang disasarkan Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada hari ini negara merekodkan hanya 20 kes positif baharu sehingga pukul 12 tengahari tadi manakala 15 daripadanya adalah kes import iaitu jangkitan dari luar negara dan hanya lima kes membabitkan penularan tempatan.