Home Ekonomi Ekonomi dijangka sederhana pada suku ketiga

Ekonomi dijangka sederhana pada suku ketiga

Kawasan parkir kereta si Shah Alam penuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette apabila banyak syarikat sudah beroperasi sepanjang PKPD.

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia lebih cenderung kekal sederhana pada suku ketiga tahun ini kerana bergantung kepada cabaran domestik dan luaran.

AmBank Group Researah berkata, Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) utama Mei menyaksikan kenaikan ketara kepada 45.6 tetapi masih berada di ‘wilayah’ menguncup.

Firma penyelidikan itu berkata, peralihan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke kepada PKPB (Bersyarat) dan permulaan pengeluaran telah meredakan penurunan.

“Penurunan dalam pengeluaran dan tempahan kurang teruk berbanding bulan April,” katanya.

Menurut beliau, dengan kenaikan PMI utama dan dengan andaian pandemi Covid-19 telah mencapai paras paling bawah, ia akan menjadi petunjuk utama bahawa ekonomi semakin stabil.

“Ini membawa maksud kemungkinan pertumbuhan akan kembali pada suku ketiga 2020,” katanya. – MalaysiaGazette