Home Nasional Bayar dulu gaji, elaun baru umum VSS

Bayar dulu gaji, elaun baru umum VSS

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Malindo digesa membayar gaji, elaun dan tunggakan semua pekerja kontrak yang diberhentikan sebelum mengumumkan pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Gesaan itu dibuat oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) selepas Malindo didakwa telah menghentikan pekerja-pekerja itu lebih awal lagi.

NUFAM mendakwa, kesatuan itu sudah pun menerima banyak aduan dalam kalangan pekerja-pekerja ini yang memaklumkan masih belum dibayar gaji sejak bulan Februari lalu.

Malah, ada kontrak pekerja sehingga tahun 2023 tetapi telah diberhentikan atas alasan Covid-19.

NUFAM mengingatkan pihak Jabatan Kerja agar jangan meluluskan permohonan VSS syarikat penerbangan itu sekiranya ia belum selesaikan hutang gaji pekerja-pekerja ini.

Dakwanya, lebih kurang 100 lebih pekerja telah terjejas semasa PKP diumumkan dan mereka ini masih menunggu gaji dan elaun tunggakan yang telah dijanjikan oleh majikan.

Malindo didakwa telah mengeluarkan mengenai memo VSS kepada semua kakitangan mereka pada 29 Mei lalu.

Memo berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia itu memaklumkan langkah VSS itu dilaksanakan bagi penjimatan kos.- MalaysiaGazette