Home Politik PH junjung titah sultan tapi konsisten mandat rakyat perlu dikembalikan

PH junjung titah sultan tapi konsisten mandat rakyat perlu dikembalikan

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menerusi kenyataan berkata, berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali tidak layak menasihati TYT untuk membubarkan DUN selepas empat ADUN mengumumkan menarik sokongan terhadapnya.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) konsisten dengan pendirian mandat rakyat – yang telah diterjemahkan menerusi PRU-14 lalu – mestilah dikembalikan mengikut proses serta lunas-lunas perundangan sewajarnya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Itu kenyataan bersaa Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Mereka berkata demikian mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini yang mengancam mahu menggunakan kuasanya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya ahli politik di negeri itu masih ‘berebut’ kuasa.

Dalam kenyataan yang sama, PH mengambil maklum dan menjunjung titah Sultan Johor.

“PH Johor juga menegaskan komitmen serta keyakinan penuh terhadap amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi tulang belakang kepada negeri serta negara kita.

“PH Johor akan sentiasa berpegang teguh prinsip ini dalam apa jua keadaan termasuklah dalam mendepani situasi politik semasa yang sedang kita lalui ketika ini,” kata mereka dalam kenyataan itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sultan Johor ancam bubar DUN jika berlaku lagi perebutan kuasa

1 Komen

  1. Asyik nak cakap mandat rakyat…tapi pernah tak tanya pada rakyat pada siapa rakyat nak bagi mandat itu sekarang?…

Comments are closed.