Home Utama Kenapa Najib perlu buat laporan polis jika tiada ada unsur penyewelengan?

Kenapa Najib perlu buat laporan polis jika tiada ada unsur penyewelengan?

Harvinderjit Singh

KUALA LUMPUR – Pastinya sesuatu yang ironi apabila pasukan pendakwaan berterusan melontarkan persoalan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak membuat laporan polis mengenai penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menurut peguambela bekas Perdana Menteri, Harvinderjit Singh ketika penggulungan akhir kes pembelaan hari ini, hakikatnya Najib tidak membuat laporan kerana pihak berwajib termasuk termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC) telah ‘membersihkan’ namanya.

Jelas Harvinderjit, ketika berita tersebut kononnya ada penyewelengan dana SRC dilakukan oleh Najib tersebar, bekas Perdana Menteri itu sendiri tampil menafikan perkara tersebut dengan segera.

Malah katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  juga mengeluarkan kenyataan akan menyiasat dakwaan tersebut.

“Dana yang digunakan oleh Najib bukanlah wang penyewelengan SRC International sebaliknya derma RM2.6 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepadanya.

“SPRM sendiri telah menghantar pasukan mereka ke Arab Saudi untuk mendapatkan keterangan sememangnya ada derma daripada Arab dan telah disahkan benar.

“Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Ghani Patail juga membuat pengumuman pada Julai 2015, pihaknya sedang menyiasat tentang dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

“Bank Negara Malaysia melalui Tan Sri Zeti Aziz juga sedia maklum tentang kemasukan derma Arab itu.

“SPRM juga ada merekodkan kenyataan daripada Najib pada penghujung 2015 manakala selepas enam bulan menyiasat, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pula bertindak membersihkan nama Najib dengan mengatakan tidak ada salah laku olehnya.

“Itulah sebab mengapa laporan polis juga tidak dibuat kerana sememangnya tidak ada penyelewengan seperti yang didakwa,” hujahnya panjang lebar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Harvinderjit juga berhujah mengatakan Najib tidak tahu atau berkeupayaan untuk mengetahui sejumlah RM42 juta berasal dari SRC International kerana hakikatnya bekas Presiden UMNO itu percaya ia sumbangan Arab Saudi.

“Beliau sebenar-benarnya percaya dana yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2014 adalah sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

“Najib percaya wang itu adalah sebahagian daripada sumbangan diberi kepadanya oleh Raja Arab Saudi seperti yang dilakukan setiap tahun selama tiga tahun antara tahun 2011 hingga tahun 2013,” hujahnya.

Sebelum ini, ketika memberikan keterangan pembelaan, Najib mendedahkan dirinya banyak menggunakan wang ‘sumbangan’ untuk aktiviti politik dan program sosial korporat.

Malah beberapa saksi pendakwaan kes ini juga membuat pengakuan Najib banyak berhabis belanja melakukan kerja-kerja sosial korporat tanpa berkira. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. SIBUK SIASAT DSNR,..MAHATHIR LAKNAT PUNYA ASET TERMASUK ANAK BERANAK TAK MAU SIASAT?LAKANTULLAH TU LA BOS PADA JHO LOW..

Comments are closed.