Home Nasional 109,617 lepasan SPM ditawar ke IPTA

109,617 lepasan SPM ditawar ke IPTA

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 109,617 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang layak ditawarkan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) untuk sesi akademik 2020/2021.

IPTA itu termasuk Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil / Asasi / Matrikulasi / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA kepada calon yang berjaya mulai 4 Jun 2020 dan calon perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh lima hari iaitu selewat-lewatnya 8 Jun 2020.

KPT, katanya, mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar dan berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA.

Tiada sistem kuota digunapakai dan sistem ini telah digugurkan sejak sesi pengambilan 2002/2003.

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA.

Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah mulai 5 Jun hingga 4 Januari 2021 mengikut IPTA masing-masing.

Calon yang tidak menerima sebarang tawaran/ gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di http://upu.moe.gov.my.

Permohonan rayuan melalui UPUOnline akan dibuka dalam tempoh 5 hari bekerja mulai 3 Jun2020 jam 12 tengah hari sehingga 10 Jun 2020 jam 5 petang.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2020/2021 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

Tambahnya, dasar pemilihan rayuan pelajar tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi telah membuka kemudahan talian hotline mulai 3 Jun hingga 10 Jun 2020 dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ada pelajar yang mendapat Mathematics B, Sains B, Geography B, Bahasa Malaysia B, Pengajian Agama B malah kesemua matapelajaran yang diambil mendapat kelulusan kredit termasuklah Pengajian Perdaganagan. Tetapi AMAT malang sekali bilamana krusus2 seperti diploma perniagaan atau diploma perbankan atau diploma sains komputer yang mereka pohon telah gagal, dan mereka telah membuat rayuan!

    Amat menghirankan bilamana didalam sistem rayuan krusus2 yang sama yang mana mereka pohon buat pertama kali yang telah gagal telah ditawarkan semula! Ini amat memeningkan!

    Bersesuaian dengan keputusan, mereka2 ini bukanlah memohon kursus2 prestasi tinggi yang memerlukan kelulusan semua matapelajaran A seperti Ijazah Kejuruteraan, Kedokotoran, Farmasi atau Undang2!

    Harap kementerian Pengajian Tinggi dapat memberi pencerahan segera!

Comments are closed.