Home Nasional Semua guru diminta bersedia kembali bertugas

Semua guru diminta bersedia kembali bertugas

Kementerian Pendidikan minta pihak tertentu henti sebar maklumat tidak benar.
Kementerian Pendidikan minta pihak tertentu henti sebar maklumat tidak benar.

KUALA LUMPUR – Semua guru dikehendaki berada di kawasan bertugas masing-masing dan bersedia untuk berkhidmat setelah tamat cuti pertengahan tahun.

Arahan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) merangkap Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, Adzman Talib.

Dalam satu pemakluman, beliau berkata, semua guru diminta berbuat demikian pad 7 Jun ini bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan 8 Jun ini bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B.

“Surat arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas boleh dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing untuk memaklumkan kepada guru berkenaan bahawa mereka perlu kembali ke tempat bertugas,” kata Adzman.- MalaysiaGazette

Surat pekelling KPM yang mengarahkan guru sekolah bersiap sedia untuk kembali ke sekolah 8 Jun ini.
Arahan pekeliling KPM yang memerlukan guru sekolah bersiap sedia kembali bertugas 8 Jun ini dalam twitter rasmi KPM hari ini.