PUTRAJAYA – Sebanyak 277 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari in dengan empat daripadanya merupakan penularan tempatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 271 kes yang direkodkan adalah penularan dikalangan bukan warganegara manakala, dua kes adalah import daripada warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 8,247 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 1,573 kes.
Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.