PUTRAJAYA – Langkah agresif dan tertumpu di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah menyebabkan penularan wabak Covid-19 di kalangan rakyat negara ini mencapai satu angka dengan tiada peningkatan mendadak.
Perkara itu dijelaskan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, pendekatan sama turut digunakan bagi mengawal penularan di kalangan kes warganegara dan bukan warganegara.
“Sejak sebelum ini lagi, PKD telah memainkan peranan yang amat penting dalam pelaksanaan pelbagai tindakan mencegah dan membendung jangkitan yang dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.