Home Nasional KKM sudah guna 8,000 kit antigen Korea saring Covid-19

KKM sudah guna 8,000 kit antigen Korea saring Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakan sebanyak 8,000 kit antigen yang diimport dari Korea baru-baru ini.

Jumlah penggunaan itu adalah daripada 200,000 kit antigen digunakan dalam saringan Covid-19, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, pada masa ini KKM mempunyai kapasiti ujian tersebut sekitar 190,000.

“Kita menggalakkan petugas kesihatan menggunakan kit ujian antigen ketika membuat saringan Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya Noor Hisham, perolehan baharu akan dibuat jika kit antigen diperlukan lagi pada masa akan datang.

Katanya, setakat ini KKM memiliki banyak stok kit antigen dan sebanyak 50,000 kit masih ada dalam simpanan.

Sebelum ini, KKM mengagihkan kit ujian berkenaan kepada negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Johor dan sebahagiannya digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kit ujian itu diuji terlebih dahulu dan keputusan ujian menunjukkan ketepatan hampir 100 peratus dalam mengesan jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette