KUALA LUMPUR – Empat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) bertindak keluar dari mesyuarat tergempar parti itu di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) malam ini.
Keempat-empat Ahli MPT Bersatu itu ialah Datuk Abu Bakar Yahya, Akhramsyah Sanusi, Ulya Husamuddin dan Tariq Ismail.
Kesemua mereka keluar kira-kira jam 10.50 malam ini.
Menurut Akramsyah, tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap tindakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengugurkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti itu.
“Kami berempat keluar kerana kami memproses pada apa yang sedang berlaku, ada dua perkara yang kami tak boleh terima.
“Antaranya mereka mahu formalise pelucutan jawatan Tun dan mereka ingin formalise gabungan Perikatan Nasional (PN), sekaligus fasal pelucutan itu tidak terpakai.
“Kami merasakan ini tidak mengikut fasal dan peruntukan dalam Perlembagan parti dan tidak betul.
“Nampaknya kami tak boleh jadi sebahagian mesyuarat yang akan menentukan sama ada kita secara rasminya melucutkan jawatan Tun dan penubuhan PN,” katanya. – MalaysiaGazette
tak terkejut pun..Akramsyah ni anak Arwah Sanusi Junid…org kuat Medey…naik dlm Bersatu pun sebab Medey tolong + pengaruh bapa..sorang lg tu SU Medey..dan sorang lg, penjilat Sadiq…so what do u expect???
Hebat sangatkah AURA anak bekas MB yang suroh orang Kedah buat sawah padi diatas BUMBUNG RUMAH ni?
Kah..kah..kah
Tak kan kelurr mesyuarat. Keluar lah parti. Ikut atok kU yang hebat sangat raha penabur fitnah tu. Pergi pada PH dan angkat DAP yang akan poram perandakan orang melayu dan orang islam. Buat apa oajaj baju melayu. Kau irang duma patut pakai cheong sam. Nak tengok oamu semys keluar pada parti.