Home Seni Hidup IG Siti cuba digodam

IG Siti cuba digodam

Siti Nurhaliza kini muncul dengan single baharu berjudul Basyirah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, mendedahkan terdapat pihak yang cuba menggodam akaun rasmi Instagram (IG) @ctdk.

Penghibur itu berkongsi berita tersebut menerusi Insta Story selepas menerima mesei notifikasi daripada pihak Instagram semalam.

“Pagi ni dapat mesej ni kat DM (direct message). Rasanya ada yang nak try hack account saya! Abaikan atau buat apa? Help!” kata Siti yang bimbang jika mesej yang diterimanya itu adalah cara untuk individu tertentu menggodam akaun instagramnya.

Sebelum ini beberapa selebriti tempatan pernah menjadi mangsa godam antaranya Ayda Jebat, Janna Nick, Ella, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Siti adalah antara artis tempatan yang mempunyai pengikut paling ramai di instagram iaitu 7.4 juta orang.

Menerusi IG, Siti banyak membantu para peniaga kecil yang mahu memperkenalkan produk mereka secara percuma.

Bukan itu sahaja, media sosial tersebut menjadi medium beliau mengumpulkan dana PKP Siti Nurhaliza bertujuan membantu barisan hadapan memerangi Covid-19.

Setakat ini, dana bantuan yang dikumpul sudah hampir RM400,000. – MalaysiaGazette