Home Ekonomi Malaysia kecualikan duti eksport minyak sawit

Malaysia kecualikan duti eksport minyak sawit

KUALA LUMPUR – Malaysia mengecualikan sepenuhnya duti eksport bagi minyak sawitnya tahun ini sebagai salah satu usaha untuk menyokong industri tersebut yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) hari ini berkata, minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses akan dikecualikan daripada duti eksport sepenuhnya bermula Julai ini sehingga Disember.

Pengecualian cukai itu memberi peluang lebih baik kepada minyak sawit Malaysia untuk bersaing daripada segi harga dengan minyak sawit Indonesia.

Ini sekali gus membuka jalan kepada eksport lebih tinggi ke negara-negara lain. – MalaysiaGazette