TERKINI : Buka Sempadan Antarabangsa, Kerajaan Mungkin Cadang Negara Zon Hijau Buat Saringan

PUTRAJAYA – Kerajaan berkemungkinan memberi cadangan kepada negara-negara lain yang dikategorikan sebagai zon hijau untuk membuat saringan ke atas rakyat sebelum memasuki negara ini.

Langkah itu adalah sebagai satu cara bagi mengawal pintu negara dalam memastikan tiada penularan Covid-19 ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan kerajaan sedang melihat perkembangan negara lain menerusi indeks global dari semasa ke semasa.

“Mungkin kita boleh lihat kerjasama daripada negara jiran ataupun dibawah platform ASEAN.

“Ini semua salah satu kemungkinan yang boleh dipertimbangkan bagaimana bagi mempertingkatkan aktiviti ekonomi sosial dan pelajaran selain mengawal penyakit tersebut dengan cara berhati,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementerinnya di sini hari ini.

1 Komen

  1. Alhamdulilah..berharap semua cepat berakhir..bisa kembali kerja di negara jiran malaysia lagi..Amin..Amin.Amin..yrb.

Comments are closed.