KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam dua letupan bom di terminal bas dekat Kampung Melayu, Jakarta Timur, malam tadi.
Kementerian Luar Negeri berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi insiden ini.
Warga negara Malaysia yang berada di kawasan kejadian dinasihatkan sentiasa berwaspada dan melaporkan diri dengan pihak kedutaan di Jakarta.
Kejadian yang berlaku itu telah mengorbankan tiga anggota polis. – MalaysiaGazette