TERKINI : “Saya Tiada Masalah dengan Anwar, Mungkin Dia Ada Masalah dengan Saya”

PUTRAJAYA- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun bekas Perdana Menteri itu menambah, beliau tidak tahu sekiranya Anwar yang mempunyai masalah terhadapnya. “Saya tiada masalah dengan Anwar.

Mungkin dia ada masalah dengan saya. Itu kamu kena tanya dia (Anwar)” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang sejauh manakah hubungannya dengan Ketua Pembangkang tersebut apabila beliau kerap tidak hadir dalam pertemuan gabungan itu yang dihadiri Anwar.