Home Seni Hidup Tomok namakan anak Siti Khadijah

Tomok namakan anak Siti Khadijah

WhatsApp-Image-2019-10-25-at-17
Foto Instagram Tomok

KUALA LUMPUR – Penyanyi Tomok memilih nama Siti Khadijah buat anak ketiganya yang dilahirkan pada 4 Jun lalu.

Pengumuman itu dibuat anak Tomok di Instagram miliknya.

Sementara itu, isteri bekas vokalis Newz Boys, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu secara normal selepas lima tahun menanti anak perempuan.

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts