BEIJING– China akan meningkatkan kerjasama antarabangsa jika berjaya membangunkan vaksin novel koronavirus, kata Menteri Sains dan Teknologinya.
Menurut Wang Zhigang, China akan menjadikan “barangan awam global” apabila ianya siap.
Setakat ini, jumlah keseluruhan korban Covid-19 telah melepasi 396,000
Dengan Brazil, United Kingdom dan Itali mencatatkan kematian melebihi 35,000 manakala Perancis dan Sepanyol merekodkan jumlah korban lebih 20,000 dengan masing-masing mencatatkan 29,000 dan 27,000 kes.- MalaysiaGazette